Jun 29, 2011

MRSM PDRM dan takdir hidupku...=)



pada awal tahun 2006, aku ke sekolah harian seperti biasa, SMK Jelapang Jaya(SMKJJ). Tapi ahli keluarga sangat berkehendak aku ke sekolah teknik lebih-lebih lagi mak aku.. tapi sebab surat tawaran tak sampai lagi aku lepak dulu kat sekolah ni. Pegi sekolah main-main je rse macam dh merdeka lepas PMR..aku rse kome pon macam tu jugak kot,haha...


Mak aku cakap "Khir,nanti tak payah beli buku tulih banyak-banyak sebab kamu nanti nak masuk teknik, buku sekolah bukan boleh pakai kat sekolah lain"..aku mendiamkan diri tanpa jawapan ya atau tak,sebenarnya aku takut untuk pindah sekolah sebab takut aku tak dapat menerima sistem sekolah yang berbeza dan aku sangat selesa dengan sekolah aku sekarang.. tambahan pula, aku dah "kamceng" dengan cikgu-cikgu sana..hehe..

cikgu siap buat tawaran lagi dengan geng aku(kira aku termasuk skali la)...cikgu cakap.."saya nak awak semua tahun ni jadi pengawas sekolah sebab pengawas sekolah dah berkurang dan saya juga akan bincang dengan cikgu yang uruskan biasiswa agar awak semua dapat biasiswa..seronok bila dengar tawaran camni...3 tahun aku mohon biasiswa tapi semua tak dapat..maybe sebab result PMR ok dan banyak join aktiviti sekolah so, cikgu pon confident je buat offer ni kat kami...


sebulan kemudian....

aku dapat tawaran masuk ke sekolah teknik alor setar. mak dan ayah aku yang paling gembira sekali..tapi aku....ermm, hampir aku tak jadi pegi tapi bila parent dah berharap sangat, aku ikut jer walaupon aku tak rela untuk pindah..=(




setalah sebulan duduk kat teknik dengan penuh tekanan, siap dapat lempang sekali dari warden sebab tak tido masa "light off", sakit jugak kne lempang kat pipi..
aku memamg tension gila!!

Orang cakap kalau dah rezeki tak kemana..kalau dah rezeki aku belajar kat MRSM itulah yang berlaku.."kun fayakun" firman Allah.. maka aku dapat tawaran ke MRSM PDRM (2nd intake)... hanya syukur pada Allah aku panjatkan.."Alhamdulillah"..=)



Jadi pada 27 Mac 2006 aku mendaftar ke MRSM PDRM,Kulim.. turut sekali dengan aku ialah kawan sekolahku di SMKJJ.. Aridan Mael...

maka, bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar di maktab rendah sains mara(MRSM)..pederem bak kata naqib roslan,hehe..


so, nanti aku sambung lagi post2 kat blog ni dengan kenangan yang tak dapat aku lupakan sepanjang aku belajar disini... penutup post ni, .."MRSM PDRM memang yang terbaik!!!"..

4 comments:

khir azril said...

klau ikut ak dh susun gmbr tu tp dy naik dua2 kat ats skali..adush!!huhu..

zeeLa-AtiE said...

waa khir..lamer tak dgr cite..
kemane skang?
ke dah kawen?haha

kr0nc0ngmalaya said...

caya khir!

khir azril said...

zilati...ak ad kt upm skrg.huhuhu...blom kawin lagi..=)

muz:hehe..nanti ak masuk part2 homroom kite...weeeee...tggu jer.