Jun 14, 2011

3 hari reunion dengan abang long abang long gua

Assalamualaikum.

Reunion merupakan satu aktiviti sihat. Satu aktiviti yang mana lu boleh tengok membe membe lu gelak tebahak bahak sampai cramp pipi. Seronok sungguh. Melihat senyuman. Mendengar hilai tawa. Mandi bogel dalam chalet bersama. Itu semua sangat menyenangkan hati yang selama ini penuh dengan debu debu kerinduan sesudah sekian lama tidak ketemu.

Sepanjang gua berdamping dengan membe membe gua dalam aktiviti reunion, gua tengok hanya segelintir sahaja yang berubah. Walaupun perubahan yang ditonjolkan tidaklah sebegitu ketara hendakNYA, namun ianya wujud. Mungkin sebagai bukti menunjukkan kedewasaan menghadapi kehidupan ini.



Ammar abdul Aziz
1st time gua tengok muka ama, gua rasa sangat nak tebahak bahak. Gemuk. Berisi. Setiap kali gelak, gua tengok perut ama ikut sekali begerak mengikut rentak nada gelak nya. Gua rasa bahagia. Sumpah.

Gua dengar cerita, ama buat side income jual moto. Untung 3 4 ratus tu benda biasa. Ama juga ada 2 3 kali cucuk cucuk gua suruh buat business macam dia, tapi gua tolak penuh hormat. Bukan gua taknak. Tapi masa. Masa menghalang gua untuk menceburi business side income macam ama. Setan sungguh masa.

Malam pertama reunion ama belanja budak budak makan. Setakat seratus dua, dia campak sebelah mata ja. Tenkew ama. Nanti gua kerja, kita setting tempat makan paling kaw. Gua belanja. Lu sorang saja. Yang lain jangan buat taik.

Akmal Alif Azman
Taik lalat tak penah nak berubah. Macam dulu. Semua macam dulu. Itu dari segi fizikal. Bontot, kepala, kaki tak penah berubah. Mungkin dari segi rohani perubahan dia gua boleh nampak sikit sikit. Kematangan dari segi pemikiran mahupun dari segi pecakapan gua rasa akmal alif layak diberi pujian. Tapi pujian gua biasa biasa saja. Kadang kala ada juga lawak lawak iblis cuba diselit kan akmal alif sepanjang aktiviti reunion. Terhibur gua. Nak terajang pun ada juga.



Yasir Yusuf
Yasir yusuff? Sebijik macam dulu. Xgheti nak berubahh! Hahahahaha

Cerap
Yang ni gua tak berapa nak reti describe sangat. Cerap sangat indipenden. Mungkin banyak belajar dari kehidupan. Gua sangat respect cerap. Walaupun gua rasa gua lagi hensem dari dia, tapi gua sangat sangat respect dengan apa yang dia dah buat dalam kehidupan dia.

Waqiuddin
Semakin Comei. Makin bulat. cekak bekarat & beg telekung memang tak lekang. Skarang buat side income jual sabun susu kambing. Kasi putih muka katanya. Kalau lu nak lu boleh kontek guna fesbook. Ejas baik baik. Lu jangan bagi dia tacing sangat. Dia benda benda putih ni dia sensitive sikit.


Adib Azmi
Gua sayang dia. Gua seronok lepak dengan dia.



Kenangan yang bagi gua rasa sangat sebak adalah bila sampai maktab. Klimaks kepada semua acara aktiviti reunion sepanjang 3 hari.

“aku rasa kalau dapat duduk sebulan kat maktab dengan hampa semua aku rasa seronok la”

Ayat yang gua dapat tangkap dari mulut waqiuddin.

Masa tu gua rasa macam nak cium pipi din.  

Gua sebak. Tapi steady. Mana boleh teriak depan depan. Gua kan watak utama dalam reunion ni. Hahahahahaha

Persahabatan itu sesuatu yang sangat indah. Manis. Gua rasa sangat sayu bila terkenang 3 hari bersama rakan rakan yang gua anggap macam abang long abang long gua.












“welcome back my friends, the show that never ends..”

Halamak. Gua dah stat sebak.

Mintak maaf la.. awek awek yang datang waktu reunion gua tak berapa reti nak describe sangat. Yang tu gua serah sama ten nani & zaty . lu boleh roger kalau lu nak tau.

Untuk nex reunion, Akmal alif akan ambil alih. Kita tunggu dan lihat.

P/s : gua nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada mak zaty dan mak najla sebab sediakan makanan. terima kasih

~sekian

10 comments:

suhaila said...

terharu la baca muzakkir tulis macamni kt abg long-abg long dia =')... bes la jumpa blk semua, sebak oo, tringat balik waktu kt maktab.... sayang la kt kwn2... bila jumpa cikgu lg sebak, terharu tengok cikgu salmah pakai towel batch kita ta..... nnti kita jumpa la lg tau... rmai trun, klu xdak geng pon trun la jgk, kte kn 1 family....=).. jgn lost kontek smpai bila2 tau... sayang semua (n_n)

aini kadir said...

sumpah terharu dan sedih. walaupun tak terasa sebab aku tak join. nak teriak ase sbb tak dpt join sekaki mahupun dua kaki.. mungkin lain masa dn ketika yg mengizinkan. bende taley lupa buat kat maktab time hujung2 sebelum balik uma p jog pagi2 dgn dak2 laki. naik tangki siap. wahahha. rindu kalian...

k_Own said...

lu tggu lu tggu.. pas mae balek je. konpem gua lelepak punye.. hahahaha

Cik NurulZaty said...

masing masing menjadi semakin lawak
aku rsa bagai menonton maharaja lawak je time reunion ni

din x abis lawak sabun, mamai lawak serius yang memang tersembur gak..

ammar pun sama. lawak orang duit banyak..haha


sesungguhnya aku sangat sebak jugak dapat jumpa kawan2 smua..

time di mrsm pun..teringat memori lama2 dari form1 smapai form 5..
sgt2 mnyntuh jiwa kan...


thanks kawan kawan semua!

muzakkir said...

k-orn.

jumpa mae nnt roger gua tau.

shazika said...

wohaaaa...!!1 swonoknyer ...

muzakir ayat mmg terbaik

qiStina said...

muzakir. awat ang tak review diri sendirik? nak jugak aku tawu 'perkembangan' ang. :D haha

Fatin Inani said...

wei sebakkk :( hahah

muzakkir said...

watak utama mana ley review diri sendrik yaw.. hahaha

zeeLa-AtiE said...

alahai...
soronoknye....
azie,,ini,ery,suria,tinnad,...saper lagi ye..biler lg la kite nk jumpe dorg =-=