Apr 28, 2011

sambunngan daripada...


Assalamualaikum.

Tahun 2065

Hari Ahad memang gua bizi. Dia punya bizi sampai kadang kadang Dr. Ismail calling pun gua tak layan. Kecik hati orang tua tu. Ada juga sekali dua gua hantar aksi flying kiss pada Dr. Ismail guna jam tangan casio macam selalu gua buat pada Dr. Suhaila, tapi yang gua dapat balek image penumbuk. Tak mesra alam langsung. Dr. Ismail pun gua dengar skarang bizi gila babi sejak sejak berpindah ke New Zealand. Ada bisnes baru katanya. Ternak biri biri jenis kacukan bumi-musytari. Projek macam gampang. Tapi dia punya profit lu boleh nampak dalam masa 2 3 minggu saja. Kalau stakat lamboghini terbang yang jenis tingkap tinted kaler hitam pekat, hari ni order, esok dah boleh besiar siar kat New Zealand sambil tengok lembuu makan rumput. Apa ada hal?. Tapi gua tetap dengan proton gua. Yang jenis lipat lipat tu.

Apa? Siva? Oh  Dr.siva… dia dah tak tinggal kat bumi dah skang. Sejak maen kenyit kenyit mata dengan awek Pluto di Warung Hydroponik Baharuddin tempoh hari, malam tu jugak dia kasi packing barang terus jadi warganegara pluto. Dah jodoh. Nak buat macam mana. ye dak? Tapi kadang kadang ada jugak Dr. siva kontek kontek gua tanya pasal resepi masakan Jawa Tengah. Yang mana gua boleh jawab, gua jawab. Selera orang Pluto memang lebih kepada masakan Jawa Tengah. Jenis yang masam masam. Macam macam dunia skang.

Sedang gua tengah sibuk sibuk overhaul offshore supply vessel yang baru masuk shipyard, Jam casio di pergelangan tangan gua tiba tiba vibrate tak tentu hala. Terpangpang muka k-own pada skrin jam casio gua. Muka jenis ada masalah. Sembam. Apa pulak masalah kali ni. 2 3 hari lepas tertinggal baju overall yang kilat kilat tu dalam bengkel gua.kelam kabut gua cari. Las las gua jumpa dalam akuarium ikan kelisa gua. Celah celah batu phobos. Tu la banyak sangat makan kek pisang. Kehkehkeh.. lalu gua tekan button “answer”.

“yop. Tolong gua yop.” 

Ada gaya cemas. Terus gua jadi keliru. Kadang kadang perasaan cemas cuba cucuk cucuk jiwa raga gua. tapi gua steady. 

“gas helium piring terbang gua dah habis yop. Gua skang area Sahara nih.”

Terdengar suara k-own sayup sayup dari corong jam casio gua. Hah. Gua dah mula cemas. Kalau area Kokdiang, Samporna mahupun Chicago gua tak kisah sangat. Tapi kalau area Sahara, lu jangan maen maen beb. Itu kawasan lanun. Silap silap seminggu makan nasi pakai straw. Si k-own pun satu hal. Gua dah cakap dulu. Piring terbang keluaran Ferrari ni bukan boleh pakai sangat. Kuat sangat makan gas. Gua naik proton 8 hari baru isi baru. 

“macam macam la lu nih.. ok2.. lu on Bluetooth skang. Gua sent helium. 1000 liter cukup tak?”

Gua saja nak uji matematik k-own. 

“cukup bro. 1000 liter piring gua bole terbang sejuta kilometer.”

k-own jawab penuh yakin. Gua tersenyum nipis. Gua dah lama kenal k-own. Masa di maresem dulu, dia jadi ketua group ESG gua. IQ dia bawah 2 3 percent saja dari Dr. Ismail. Tu la. Banyak sangat melahap nasi lemak abang be. Tu belom kira kek cokelat sama kek pisang lagi. ;p
Tak sampai 5 minit gua benafas, gas helium yang gua sent pakai bluetooth dah komplit. Gua senang hati. 

“tenkew bro”

Sayup sayup gua dengar suara k-own. Tak sabar nak balik rumah le tu. ;p

Gua sambung kerja gua yang tergendala tadi sambil nyanyi nyanyi lagu sepohon kayu versi bahasa Marikh. Dr. Ismail yang ajar gua. 

Sedang gua sedap sedap nyanyi, lagi sekali jam casio gua vibrate. Kali ni Dr. Ismail call gua. Tengok gaya dalam skrin macam ada kekeliruan. Muka tenuk seperti biasa. Hahahahaha. Gua gelak sembunyi sembunyi sambil tutup muka. Takut kantoi. Kecik hati orang tua tu.

“assalamualaikum yop! Kome dah baca kosmo hari ni belom?”

Hah. Kali ni gua suspen. 
 
“ape keheynye kosmo hari ni yop? Teman tak baca lagi. ce ceghite(cerita)”
 
gua cuba masukkan slank Perak Tengah walaupun tone sedikit lari dah berbunyi macam haramjadah. Sambil tu tangan gua capai skrin flat sebelah gua.

“cuba kome tengok pronpage. Kome kenal tak orang tu?”

Gua laju laju tekan kekunci skrin. Tak sampai 6saat, keluar satu paparan. Satu imej yang buat gua rasa nak menjerit kuat kuat sambil hantuk kepala gua kat hull kapal. Tekejut gua. Gembira pun ada juga. Ah, bercampur campur semuanya.

“Tan Sri Yasir Yusoff dilantik sebagai Gabenor Bank Bumi”

Gua tak fikir panjang. Dalam keadaan tangan gua yang teketar ketar, terus gua call Menteri Kewangan Bumi yang waktu tu dipegang oleh Datin Sri Fatin Inani. Bukan apa. Cuma untuk mendapat kepastian.

~sekian


12 comments:

caeme said...

hahaahahahhahaa~~smat weyh!!!

ain izzati said...

banyak benda yg aku nk timbul kt sini.
1) Datin Sri Fatin Inani.siapakah datuknya?
2)"Ada juga sekali dua gua hantar aksi flying kiss pada Dr. Ismail guna jam tangan casio macam selalu gua buat pada Dr. Suhaila". selalu ka hang buat mcm tu???hahaha..
3)zaman 2056 ada kosmo.hebat la kosmo...tetap teguh mengikut arus permodenan

suhaila said...

yeah! part 2 dh siap! best:)

hahahahahaha=D... sambungan dia spuluh thn kemudian, kalah cite twilight...

lawak la muka tenuk sperti biasa..

muz, jwb tu soalan ain, haaaa.. hahahha=D...

Fatin Aliyya said...

haha terbaiklah weh.kejo yo kejor,smart2,i like it ahaks2.nt wat sambungan lg na

qiStina said...

aku bila baca entry2 korang ni, satu je benda komfem aku buat.

gelak sorang2 depan laptop. :D

terima kasih untuk hiburan ini, serius hiburan! hahaha

ain izzati said...

hahaha..hiburan terkini. ingat nk try2 gk sambung cerita ni.tp apakan daya.aku x reti nk merapu...aku ni kan serius orgnya =.='

Ismail said...

lu mmg imba la muz,,
hahahahahaha..



aku nk sambung zaty!!, tp aku xtwu mcm mn :(
dan aku xreti wt ayat power mcm gampang muz buat..

muzakkir said...

Ain izati

lu tny ten nani sendrik la sp datuk nya.. gua ejas ejas saja..

flying kiss? itu metafora saja.. kasi nampak melaut sedikit..

Ismail

kehkehkeh.. imba biasa biasa saja..

husairi zulkifli said...

terbaik yop

a n a s t a s y e a said...

Layan ! hahahaha ..


anastasyea's latest post .. Mother's Day | Rindunya kat ibu

k_Own said...

awww malu gua wehhh. hehehe

Fatin Inani said...

terbaek wei :)