Apr 28, 2011

Masa depan dari mata saya

dah lama kot aku tak update sini, asyik asyik bagi peluang kat Muzzakir si orang kapal je.  so aku buat entry ni atas saranan beliau la.aku tau dia mesti bengang. asyik dia saja update. orang lain tak pun. aku sebagai admin pun pemalas..

entry ni entry untuk bertanding dengan En.Muz la. yang suruh aku compete siapa boleh tulis entry lagi besh. tajuk nya adalah : CERITA 40-50 TAHUN AKAN DATANG!

Memandangkan encik Muz dah berjaya buat entry yang penuh gilang gemilang apabila diceritakan pada zaman tahun 2056. siap boleh terbang pergi balik lagi dari Pluto and Marikh. barangkali Si Muz ni dah  pro dari belajar buat kapal laut, dia bina kapal angkasa pulak. sebab tu kaya raya tu, bahagia lah si Suhaila yang buka Poli Klinik Gigi Suhaila. Apabila tokey kapal dan tokey gigi bersatu. maka sentosalah Tanah Malaya.

pakar pakar kimia seperti Aini Kadir, Ery, Hisham mungkin dah menjadi chemist terkenal yang berjaya cipta alternatif selain dari oksigen. sebab tu la, Dr Ismail mampu pergi Marikh. di sana, hidupan or manusia bernafas gunakan teknlogi terbaru ciptaan para chemist itu.

kelihatan jugak Dr Ismail, Dr. Nani, Dr. Kamariah dan lain lain berjalan seiringan dari Hospital Pakar MOTRT ( Move on The Right Track) haha. jangan ketawa dengar nama hospital ni. hospital ni kerjasama dengan rakan rakan batch 005 PMR & 007 SPM MRSMPDRM. yang mana semua yang ambil bidang sains perubatan berkerja bawah satu bumbung. Dr. Zubaydah , Dr. Aqilah dengan kawan kawan lain turut menjadi antara doktor pakar di hospital ni.Farmasi mungkin dikendali si N.Zaty yang kadang kadang busy buat kek pisang. boleh pulak kan dalam farmasi jual kek dan coklat.  Ketua jururawat lelaki siapa lagi kalau bukan Encik Shamim.  Pakar Fisioterapi , Asma dan Zilatie pun turut jadi anggota penting organisani hospital ini.

Norain Izzati mengetuai jabatan Audiology membantu insan insan bermasalah pendengaran selepas tiap tiap hari dengan enjin kapal angkasa berlepas. hmm. Encik Muz patut take note. kena reduce pengeluaran bunyi sewaktu pelancaran. tak begitu?

K-Own, Syahzada, Amer, dan engineer engineer lain pulak sedang bertungkus lumus mencipta mesin, robot, gadget untuk melawan pertandingan Inovasi 2060 di mana akan bertanding dengan planet planet lain. woaa. Antaraplanet  tu. :)



**********************************************************************************
diharap encik Muz dapat sambung. 

7 comments:

Fatin Inani said...

weiiii mantappp la sambungan hang zaty !!! hahahahha
ok musz sambung2... :DDD

muzakkir said...

zaty, lu style..
hahahaha..

nak aku sambung ke? ;p

muzakkir said...

"Apabila tokey kapal dan tokey gigi bersatu. maka sentosalah Tanah Malaya."

hahahahahahaha!

kejadah hapa punya ayat zaty oii..

hahahahahaha

aini kadir said...

ayat tuh sgt klasik. wahaha. cm dlm buku prosa tradisional. pejadah tah tataw term yg btol.. nice2.

muz mengharap smbongan.......
or mungkin dr keon :)

skem said...

nak lg2.. hilg stress bila bc.. :)

ain izzati said...

hahaha....sambungan yg sangat x leh belah. buruk benor la nama hospital tu....haish...

suhaila said...

=D hebat2 lah saaterawan2 kulim nih....

hahahahahaha, "sentosa tanah malaya"! zaty2....

nak lagi, nak lagi.....