Apr 1, 2011

Cikgu zul

pin..pin..pin.... Pagi pagi da dengar bunyi hon motosikal cikgu zul berlegar-legar kat seluruh blok asrama dari blok 1 sampai blok 10. Kamu yang masuk mrsm pdrm sejak form 1 ingat lagi tak nostalgia kena bangun subuh subuh gi semayang jemaah kat masjid. Sape yang tak datang akan kena rotan kat tangan. Perghhh! Aku ingat sampai sekarang kot suatu masa dulu aku pernah subuh-subuh dah berlari lari gi masjid even dalam hujan lebat basah lencun sekalipon gara gara tak mahu kena rotan kat tangan. Pastu dengar plak kesah ada budak lelaki pernah jalan ngan 'seseorang' (bukan manusia) masa on da way nak gi masjid. pastu pernah plak ternampak kain semayang duk bertenggek atas blok 8 masa nak gi antor dobi subuh-subuh.


Cikgu zul ngajar aku matematik sejak aku form 1 sampai lah form 5. Kalau nak ngajar cikgu akan seperate white board kepada 2 pastu kat tengah tengah cikgu lukis gambar smiley ikut mood dia. Kalau tyme mengajar tak wat lawak tak best ase. Lepas maghrib cikgu akan  dakwah pasal hassan al bana ikhwanul muslimin tapi aku dengar jerlah tanpa faham pe benda semua tu. Bila dah masuk IPG baru aku tahu pentingnyer usrah dan semua yang cikgu gitau tu. 



Aku google gambar cikgu kuar gambar besar nih jek. Alah, kalau tak buh gambar pon mesti kamu ingatkan cikgu zulkifli yang berkaca mata taf taf berjanggut tu kan. 


Dulu aku pernah tegur tegur dan komen komen cikgu kat fesbuk. Kalau kamu free tegur lah cikgu cikgu semua. jangan pulak kalau nampak ada cikgu yang online terus kamu offline chat. Kepada cikgu cikgu saya yang terbaca entry ni saya mahu ucapkan terima kasih kerana mengajar dan mendidik saya.

2 comments:

zeeLa-AtiE said...

haha!!
kelakar ah cite mu zie..
ye ar trademark cg time ngajor..
bahagi whiteboard ork..
pahtu lukis smiley tengoh..
haha

Dekna said...

haha.

aku pennah kena rotan tangan 12 kali.
gara gara malas turun subuh.

hoho~~

sakit ohh.