Assalamualaikum
Kerjaya sebenarnya merupakan satu perkara yang wajib ada pada setiap insan yang begelar manusia. Sebabnya melalui kerjaya manusia akan memperoleh pendapatan bagi menyara kehidupan. Tidak kiralah kerjaya sebagai seorang nelayan, penjaga gol, ataupun seorang ahli sihir, semuanya boleh diklasifikasikan sebagai satu kerjaya. Cuma bezanya mungkin dari segi halal haram ataupun cara kerjaya itu dilaksanakan.
Bercakap mengenai kerjaya ini, sebenarnya gua rasa kita semua mengimpikan satu kerjaya yang baik demi menjamin masa hadapan kelak. Mana taknya, minyak masak, minyak petrol, minyak rambut dan rokok sekarang nampak macam semakin meningkat harganya.kita pun mungkin lagi empat ke lima tahun lagi mungkin akan mendirikan rumah tangga bersama makwe makwe dan pakwe pakwe idaman masing masing. Jadi tanggungjwab dan kos sara hidup menjadi semakin berat.
Bagi makwe makwe mungkin mereka tidak merasai sangat kesusahan yang bakal dihadapi sebab pakwe pakwe yang akan menanggung mereka kelak.yang tidak mahu berkahwin itu punya pasallah. Siapa suruh taknak kawen. Bodoh. Tapi bagi yang pakwe pakwe, kerjaya sebenarnya sangat penting. Kalau tak bekerjaya, nanti anak bini nak makan apa? Nak makan pasir? Nak makan siput babi? Mungkin dua tiga suap masih boleh steady lagi, tapi kalau dah masuk ke empat lima suap, boleh haus tiub easofagus nak menelannya.
Oleh yang demikian, pakwe pakwe serta makwe makwe sekalian hendaklah belajar bersungguh sungguh untuk mencapai kerjaya yang steady dah gagah. Baru nampak ‘up’ sikit di mata umum. Lebih lebih lagi di mata mak mertua dan bapak mertua.
Untuk mencapai kerjaya yang berstatus ‘up’ ataupun kerjaya tahap dewa dewa, banyak caranya ya. Dan mungkin bergantung pada rezeki dan kesungguhan masing masing. Tapi secara formalnya, pakwe pakwe dan makwe makwe sekalian haruslah belajar terlebih dahulu. Masuk ke sekolah lepas itu masuk ke universiti. Bila memasuki universiti, kita akan diajar dengan lebih mendalam lagi mengenai aliran yang diambil. Mungkin seorang dokter seperti sedara Ismail memerlukan lima ke enam tahun untuk menamatkan pengajiannya. Baru nampak steady sikit nak sunat budak. Mungkin seorang jurutera yang bergaya, bersifat maskulin, suka bermain rugby , dan suka makan nasi lemak abang Be seperti sedara k-own memerlukan empat tahun untuk menamatkan pengajiannya. Itu pun kalau tidak sangkut.(pancing saja sebenarnya). Berlainan pula dengan cikgu cikgu seperti sedara akmal alif yang akan mengambil masa selama empat ke lima tahun pengajiannya sebelum boleh mengajar anak anak orang asli kaum batak nun jauh di pedalaman sana.
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi ke alam bekerjaya, kita mungkin akan dilatih terlebih dahulu supaya kita nampak lebih bersedia. Maka telah diwujudkan satu tanda aras yang dipanggil sebagai latihan industri atapun bahasa omputeh dipanggil sebagai industrial training untuk kita di setiap universitas universitas.
Pentingkah latihan industri ini? Penting juga sebenarnya wahai sedara sedari sekalian. Penting gila babi. Seperti yang telah diperkatakan tadi, latihan industry ini merupakan satu salam pengenalan atau pun satu mukhaddimah untuk pelajar pelajar seperti kita ini untuk mempersiapkan diri bagi memasuki alam pekerjaan yang sebenar nanti.
Sebagai seorang pemuda yang sedang menjalani latihan industri ini, gua rasa latihan industri ini banyak membantu gua dari segi penambahan ilmu pengetahuan dan penimbaan pengalaman yang berguna untuk gua jadikan bekalan gua di masa hadapan kelak. Dan gua rasa mungkin ada sedara sedari di luar sana sudah merasai pengalaman latihan industri. Bagi yang belum, mungkin saatnya akan tiba tidak lama lagi. dan sebagai seorang yang sedang menjalani latihan industri yang sebenarnya akan habis tidak lama lagi, gua rasa eloklah kiranya gua cuba cuba kongsikan beberapa tips penting sebelum sedara sedari sekalian berlatihan industri. Tapi tips yang gua nak bagi ni, mungkin tidaklah sesuai sangat untuk sedara sedari yang belajar di aliran medic ataupun aliran lain lain. Kepada makwe makwe yang ambil kos veterinary lagi gua tak berapa nak pasti sebab makwe makwe veterianar ni dia berat kearah merawat binatang binatang seperti biawak, arnab liar, rusa kudung ataupun kucing hutan.
Ok.
Tip pertama.
Bila masuk ke sesebuah kampeni itu, janganlah sedara sedari sekalian bersikap belagak ataupun berkelakuan kerek. Sebab penampilan anda sebagai staf baru dalam kampeni mungkin akan diperhatikan dan menjadi buah mulut staf staf tetap di dalam kampeni tersebut. Sebaiknya, cubalah bersikap ‘low profile’. Maksud ‘low profile’ disini bukanlah bersikap selekeh ataupun selenga, tetapi cuba tampilkan imej sederhana seperti.. er.. seperti seseorang yang dahagakan ilmu. Tapi janganlah dahaga sangat. Dahaga biasa biasa sudah.
Tip kedua.
Banyakkan bertanya. Pertanyaan merupakan satu tanda dimana ia menunjukkan ketidakfahaman kita tentang sesuatu perkara. Melalui pertanyaan, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Tapi pastikan pertanyaan yang ingin diajukan itu bersifat padu dan gagah bukannya pertanyaan yang remeh remeh sehingga boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang bodoh dan bersifat inzal abadi.
Tip ketiga.
Hormat menghormati. Ala. Benda cmni takkan gua nak ajar kot?
Tip keempat.
Pemilihan rakan seopis. Sebagai seorang yang ‘freshie’ dalam opis, kawan merupakan satu watak penting yang akan membantu kita dari segi penambahan ilmu pengetahuan ataupun penambahan ilmu KBKK. Kepada sedara sedara yang merokok mungkin merupakan satu advantage sebab sharing is caring. Tapi kepada sedari sedari yang jenis penyenyap ataupun tidak suka bergaul ataupun bodoh sombong, gua nasihatkan buanglah sekejap perwatakan tu. Sebenarnya, apabila kita berkawan dengan budak budak seopis nak nak pulak yang lebih tua dari kita, kita mungkin akan dapat mengetahui sesuatu perkara baru dengan mudah. Mengetahui selok belok dan latar belakang kampeni juga merupakan satu bonus untuk kita.tapi harus diingat, kepada pakwe pakwe, janganlah berkawan dengan makwe makwe opis sahaja.
Tip kelima.
Tip nombor lima ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada tip nombor empat tadi. Apabila kita sudah mendapat kawan dan berkawan dengan kawan kawan baru kita, pastikan kawan kawan yang kita berkawan itu tidak mempergunakan untuk kepentingan diri mereka. Kadang kadang mungkin kita tidak sedar yang kita ini sedang dipergunakan. Lahanat betul. Gua masa mula mula masuk dulu ada juga terkena. Nasib gua terer handel. Kalau tidak.. hari hari buat drawing. Babi betul.
Tip keenam
Pastikan tugasan yang diberi oleh supervisor itu sesuai dengan kita. Maksudnya kerja itu serasi dengan apa yang kita pelajari di universiti dulu. Kalau dulu belajar buat structure design, mestilah kerja buat tu. Tapi tak salah sebenarnya belajar sesuatu yang baru. Cuma pastikan ianya berguna dan sesuai dengan kita.
Tip ketujuh
Mengelat. Kalau boleh janganlah mengelat sangat. Malu la budak praktikal curi tulang. Kan tak manis tu.
Sebenarnya, latihan industri ni merupakan sesuatu yang seronok bila kita dapat menyumbangkan tenaga kita untuk kampeni. Rasa macam champion bila setiap kerja kita dihargai rakan sekerja. Dan saat paling klimaks adalah apabila tamat tempoh latihan industri. Kita akan diraikan seperti seorang hero oleh rakan rakan sekerja.
“bro, belajar rajin rajin lepas tu datang kerja sini balik”
“kalau ada masalah roger la. Kalau aku boleh tolong aku tolong”
“nanti free free roger la. Boleh lepak sekali”
“lu nanti kalau nak cari keja, roger la.. ada lubang gua ejas mana patot.”
Bila ayat camni keluar dari mulut rakan rakan seopis, maka terbuktilah lu memang hero paling utama pada waktu itu.
~sekian
1 comment:
pengalaman kat boustead ka?
betul lah org ckp, pengalaman mendewasakan. haha
Post a Comment