Baru-baru ni kisah perkahwinan Liza Surihana dan Yuzra SKRU hangat diperkatakan. Gambar mereka banyak di siarkan di dada akhbar mahupun di ruangan maya.
Beberapa hari yang lepas, semasa menjalankan tugas di Sektor Kesejahteraan Pelajar, salah seorang staf sedang menyelak surat khabar. Suasana yang senyap tiba-tiba dipecahkan oleh suara beliau.
S : Hamzah, Liza Surihana ni cantik kan?
Aku : Err.. Cantik ke? saya rasa biasa-biasa je (nada bersahaja)
S : Kalau dia tak cantik, macam manalah orang yang cantik buat kamu?
Aku tersenyum sambil berkata-kata dengan tenang. Secantik mana pun kecantikan luaran, tanpa kecantikan dalaman menyebabkan kecantikan luaran terhapus. Kecantikan luaran tidak kekal. Akan hilang dimamah masa ataupun nikmat kecantikan itu ditarik semula oleh ilahi.
Kadang-kadang aku terfikir. Wanita yang berwajah cantik ni pun banyak dugaannya kan? Banyak lelaki yang akan cuba dekati? Sama juga untuk lelaki kacak. Nasib baikla ku tak berapa kacak kan?.
Sekian.
Jejak Jari :
- Tak ada kaitang dengan blog maktab. Saja nak conteng sebab hari ni 29 Feb
- Penulisan yang skema dari Blok 9.
No comments:
Post a Comment