Assalamualaikum.
Lama juga sebenarnya gua tidak muat turun entri baru untuk blog yang paling bersederhana dalam alam maya ni. Blog gua? ah. Tak perlulah di bual bicarakan disini. Mungkin nampak sedikit inzal kalau blog peribadi gua diketengahkan disini. Sini blog maktab. Mana mungkin gua boleh bercerita mengenai kehidupan sosial gua disini. Lagipun bukannya gua ingat sangat passwot blog gua. punya lama gua tak melayari internet. Semakin samar samar.
Alhamdulillah.
Gua tengok blog maktab sejak dua menjak ni nampak macam makin gagah dan bertenaga dari segi penyerlahan latar belakang dan juga kepala blog. Siapa punya kerja sebenarnya ni? Siapa? Walau apa pun yang terjadi, terima kasih dengan perubahan yang dilakukan. Nak harapkan mae, tunggu lagi lapan tahun la kot. Tapi tidak apa, bukan salah mae juga sebenarnya. Hamizan pun bersalah juga kalau nak diikut dari segi penglibatan bersama memuat turun entri blog maktab ni. (saja gua nak pancing mizan). Apa? Akmal alif? puih. Mana ada masa sangat abang tu. Sibuk melayan video hepy besday yang gua kirim ke dia dulu.
Yang sebenarnya, bukan gua tak ikut perkembangan dan tumbesaran blog maktab ni. Gua ikut. Dalam seminggu mungkin dua tiga kali gua meluncur dalam kawasan blog maktab ni. Tapi mungkin sebulan lalu blog maktab nampak macam sunyi seperti unit 10. Jadi tahap keluncuran yang selalu selalu gua bagi pada blog maktab terpaksa gua had kan. Lagi pun gua sekarang nampak macam bizi sikit dua tiga bulan ni. Latihan industri. Nafsu gua yang selalu gua guna sebagai pemangkin untuk melayari pesbok dan blog pun terpaksa gua had bagi memberi ruang pada latihan industri yang sedang berlangsung dua tiga bulan ni.
Jadi lagi sekali, gua ucapkan terima kasih kepada abang abang dan kakak kakak yang telah muat turun entri entri baru dalam blog maktab. Boleh tahan juga entrinya. Kalau boleh, apa apa saja aktiviti yang dibuat bersama budak budak maktab, boleh la muat turun di sini. Baru perhubungan tak terputus. Err. Bak kata pepatah, air yang di cincang, mana boleh putus sangat.
Sebenarnya, bila gua tengok gambar hisham yang sedara k-own pampang kan dalam enri dia tempoh hari, baru gua nak sedar yang gua dah lama tak bertegur dengan hisham. Hisham sulaiman. Sebenarnya, bukan gua lupa sangat dekat hisham. Tapi tu lah, bila dah lama tak berjumpa apatah bertegur sapa, jadi memori gua pada hisham jadi semakin samar samar. Neuron dalam otak gua ni bukannya gagah sangat macam neuron otak mae. lama lama wajah hisham dalam kepala otak gua jadi macam tenggelam sikit.
Namun begitu, tidak perlulah panik sangat, bukan gua nak buang hisham jauh jauh dalam hidup gua yang serba naïf ni. Masih ada lagi saki baki memori gua bersama hisham yang gua ‘save as’ dalam kepala otak gua. Cuma mungkin folder dia gua kena cari balik. Kadang kadang mungkin gua ‘hidden’. Kalau tak ‘hidden’ nanti orang lain curi siapa nak jawab? Takkan puan nazliah nak jawab kot?
Hisham ni budak pengambilan pertama sessi 2006 di mrsm pdrm. Gua? siapalah gua kalau nak dibangdingkan dengan hisham. Gua budak pengambilan sessi kedua 2006 di mrsm pdrm. Gua sama daftar hamizan. Tapi masa tu gua tak berapa nak kenal sangat hamizan.
Maka nak dijadikan cerita, gua dapat unit 6, bilik pertama. Masuk masuk hostel, gua tak jumpa hisham lagi masa tu. Jadi gua masih steady lagi waktu tu. tapi bila gua bertemu hisham pada pandangan pertama, personaliti dan kreadibiliti gua sebagai seorang pelajar kelas pertengahan nampak macam sedikit goyah. Keterampilan hisham dengan gua bagai langit dengan bumi. Inzal.
“sekolah apa gua masuk ni sebenarnya?”
Monolog gua dalam diri.
Gua tengok hisham memang lain. Matang betul. Dengan misai dua kali ganda panjang dari misai gua (sebenarnya gua takda misai). Apa makan budak ni?
Tapi gua cuba tenteramkan jiwa raga gua. mana boleh gua nak goyah depan kawan yang baru gua kenal. Semangat nak ‘up’ tu mesti kena ada dalam diri.
Dari segi pemerhatian gua, hisham ni ibarat seorang hero dalam sebuah Bandar. Tapi bukan Gotham city ya. Hisham banyak tolong rakan rakan dari segi bantuan teknikal, tektikal mahupun err.. mekanikal. Sebagai seorang rakan sebilik, hisham banyak bantu gua. ejas mana yang patut. Handle mana yang perlu. Hisham selalu ajak gua bangun pagi. Buat apa? Mesti la study. Dua tiga kali boleh la gua bangun. Tapi bila dah selalu, gua mana boleh ‘follow’ sangat. bila time bulan ramadhan, hisham ni kira hero paling sejati la. Dia yang kejut kan budak budak lain. Nak harapkan pak nan, pukul tujuh setengah la baru sahur.
Satu benda lagi yang gua boleh cakap pasal hisham, dia ni jenis yang tak bekira sangat. jarang betul gua tengok hisham pinjam barang dari gua. boxer apatah lagi. mungkin barang yang hisham nak tu takda pada gua. agaknya la. Hisham steady dengan apa yang dia ada. Dengan orang lain pun gua rasa macam tu jugak.
Ah babi. Lupa nak cerita. Hisham peminat nombor satu siti nurhaliza. Gua tak paham betul la. Celah mana dan benda apa dia minat itu gua tak pasti. Biasa lah. Apantah peribahasa tu.. banyak orang banyak ragam. Dalam kes ni mungkin taste hisham cmtu.. tapi apa yang gua cerita ni benda empat tahun dulu.. skarang ni gua tak pasti dia minat apa. Mungkin rosnah mat aris. Mana kita tahu ye dak?
Last skali. Hisham ni.. tapi ni dulu la.. empat tahun dulu. Dia jenis gugup lebih. Hahahahahahahaha.. kalau waktu presentation, gua tengok hisham memang lain. Tangan memang tak boleh duduk diam. Semua benda nak pegang. semua benda nak urut. Janggut, misai memang selalu jadi feveret hisham.
Gua harap satu hari nanti gua boleh jumpa hisham. Gua nak tengok sikit, apa jenis anjakan paradigma yang dia dah buat sepanjang empat tahun gua tak jumpa dia.
~sekian.
8 comments:
yea. penulis lejen is back!! go muz go!
ya, perubahan latar blakang sume saya la orangnya yang buat..sbb bosan gile tgnok warna kuning ni
masih mnanti idea baru utk buat header. tapi malas. so hrp kwn2 kretip sila buat header baru..
wah. entry hisham ni! hee
mari update blog! haha
hisyam suke pgg hidung... hahahahaha! sy x ley brenti gelak baca tulisan anda.... su cabar next week, 1 lg entri buleh? =p
serius lawak..aku x berenti nak gelak la baca entry ni...haha... Aku nak nulis gk.tp x dak gapo nak tulis...xkan nak tulis pasal unit 10 blok 1 kot?haha..
babi.
eh fatin ade rupa nye ko ye. kah3
japjapjap anak emok ape cter ?
gua mne tahu sgt. apa kata fatin cerita kan.
Hisham dah len muz. gugup2 nih mane ada. die skang paling strong pernah gua jumpa. kah3
Hisham hisham, da legend.
bro..gua dah penah jumpa hisham...die punya gugup still ada lagi kot..urut janggut tu yg tak tahan..hahahaha
wey speechless aku muz..terharu seyh penulis legend kita wat entry tuk aku..trimas ye muz..jadi tersipu malu lak aku..haha..btw muz,aku still owg yg sm mcm ang jmp 5 thn lepas,xada perubahan except da itam n berisi sikit..haha..nnty wat la entry ag..sai dik su..mesti ag syoik
patut la ade rs smacam je klau singgah cni.. ade entry muz.. hahaha
muz, gua ari tu jmpe syam. hg jgn jeles..
crius style die same xde prubahan lngsung..
Post a Comment