Jul 19, 2011

Terkenang ?

pehhhhhhhh, gua cakap. kenapa intro sebegitu keon ?  mungkin sebab blog ini dah mula aktif kembali. marilah marilah kita bercerita pasal kisah kisah kita di mrsm dulu dulu. mungkin ia nostalgia antara mrsm dan kita. siapa tahu bukan ? mari lah kita aktifkan kembali. marilah kita promote kembali. ini blog kita, blog MRSM batch 2007 lahh. ke admin tak buat kerja nih, siapa admin ntah. maaf admin.


nostalgia gua dengan mrsm.

gua tak banyak cerita pasal nostalgia ketika di mrsm, cukup lah gua kata MRSM PDRM antara tempat gua kenal apa itu kehidupan. mungkin tak banyak ? tapi cukup lahh gua rasa bertuah bila pernah berada di sana. sebab di sana lah gua kenal kawan, gua kenal cikgu, gua kenal warden dan gua kenal pengetua (nama pengetua). 

mereka dah pun hadir dalam hidup gua, ahhh gua langsung tak dapat melupakan mereka mereka semua.

gua nak ingat balik mood sedih masa gua dulu dulu di mrsm. cerita ini cerita benar benar berlaku ketika di mrsm dahulu. gua mengaku gua pernah putus cinta di mrsm, sebab gua nih jenis perigi mencari timba, akhirnya gua kecundang  juga dek permainan perempuan perempuan itu. 

tapi sekarang gua bukan nak cerita kisah itu, sebab kisah itu tak pernah gua rasa ingin atau gua mahu ingat balik, sebenarnya gua rasa mood paling sedih dan tragis itu ialah pada hari memohon restu. memohon restu dari Allah, moga moga SPM kita adalah kalangan yang terbaik, itu adalah perkara kebanyakkan bebudak mrsm mahukan.

sumpah gua kata, ia adalah hari hari paling sedih dan tragis pernah gua rasa masa gua di mrsm dahulu. gua tak tahu bebudak mrsm ingat lagi hari sedih itu, tapi sumpah gua rasa ia adalah hari di mana gua benar benar jujur menangis, jujur mengalir air mata keinsafan dan keampunan. berjalan jalan sepanjang bulatan yang dah di susun rapi, memohon maaf sesama bebudak mrsm, memeluk sesama sebab benar benar ingin rasa bersalah, sambil air mata keinsafan terus menerus jatuh ke pipi.

lepas gua menangis ter esak esak sesama bebudak mrsm, gua terus mencari kedua dua ibu bapa gua untuk pergi menangis di sisi mereka pula. 

waktu tuh gua langsung tak heran kalau kalau kawan kawan perempuan gua nampak wajah gua yang masih mengalir air mata sebab air mata itu benar benar jujur. padahal, ramai nampak gua masa tuh.

mereka mereka yang di kata kan brutal dan bajet macho depan perempuan juga kalah untuk menahan dari air mata itu terus jatuh. bukan hanya si mael, muzz, amer, mamai, acap malah ramai lagi bebudak laki waktu itu menangis ter esak esak bagai anak kecil yang ingin susu dari ibunya. mereka juga kalah, bebudak perempuan pun apa kurang nya. suara tangisan mereka macam mahu gegarkan dewan masjid KEM PGA gua rasa.

bila gua ingat balik nostalgia itu, ia benar benar rasa macam satu cubitan dekat hati gua, rasa ingin senyum sepanjang hari, bukan lucu cuma ia perkara paling gua ingat sampai bila bila.

kalau benar dunia ini boleh di putar kembali, gua nak rasa kembali saat ini, saat di mana gua rasa gua, gua betul betul macam bayi baru lahir, suci dari dosa duniawi. ampun maaf di pinta dari lubuk sanubari ini kembali.

4 comments:

qiStina said...

hari mohon restu haritu besday aku! :P haha

ampun maaf jugak kalau ada salah silap. :)

zeeLa-AtiE said...

waa inilah hari yg aku tunggukan..
jom la kite memeriahkan kembali blog..
semenjak due menjak cam sunyi je blog..
y?y? n y?

aini kadir said...

mana boleh lupa.walaupun mak pak ak tak dtg mak ayah kwn2 pon dh cukup depa semua anggp kita nih anak depa jgk

fatinazierah said...

2 kali mohon restu kalau aku kata tak bg kenangan memang tipu la kan..