Apr 9, 2011

hari sukan kenangan silam gua.

assalamualaikum.

baru baru ni gua tengok video sukan rumate gua. video sukan sekolah lama dia. bosan. tak nampak langsung ada gaya klasemen. 

“sukan sekolah lu dulu macam mana? bapa pingat lu sapu?”

sentap jantung gua dapat soalan yang jenis tak reti nak letak pendahuluan. 

**************************************

hari sukan MRSM PDRM 2007

tahun 2007, rumah sukan gua FARABI. mae? ZARQALI. rumah sukan tak klasemen. tak power. hahahahahah! rilek mae. gua melawak saja. hamizan? dia DAILAMI. AJK hiasan katanya. rumah sukan FARABI bukan jenis yang biasa biasa. atlet atlet semua boleh tahan padu. Acap, Syazzren, Cerap, dan ada lagi 2 3 kerat. awek awek pulak masa itu yang gua ingat fatin inani, aina dan ada la lagi 2 3 awek. gua dah lupa. awek awek ni gua tak berapa nak ingat sangat. 

tema rumah sukan FARABI 2007, sponge bob square pants. bunyik macam gampang sikit. gua pun mula mula tak berapa nak ‘into’ sangat dengan tema ni. tapi bila gua tengok cerap serius, syazzren pun dah bagi kata putus nak jadi AJK hiasan, gua ‘on’ tak cakap banyak.

“ok esok pagi semua budak f1 kena bangun awal. kita jogging sikit. kumpul depan bilik gerakan waden”

Acap bersuara gaya brader brader bagi arahan sebelum mesyuarat rumah sukan dismiss. mula mula gua tak berapa nak setuju sangat. tapi bila gua pikir 2 3 kali, baru gua ingat waktu tu musim cari adik ankat f1. gua senyum sambil kenyit mata kat acap. acap senyum balik kat gua gaya senyuman spirit of brotherhood.

masa itu semua ahli rumah sukan FARABI buat kerja masing masing yang telah ditetapkan. syazzren buat kepala sponge bob guna kain ela. mula mula nampak macam senang. tapi palat. leceh sikit. nak kena main main dengan kaler air. Cerap conduct bahagian pebarisan. cerap budak pengakap. jadi semangat kawad kawad memang dah sebati dalam diri dia. lu memang tak boleh nak petikai dah. jadi, memang semua orang ada tugasan masing masing. gua? gua dengan acap hendel bahagian latihan sukan. dari belari lari anak sampailah lompat tinggi, gua dengan acap yang conduct.

kadang kadang masa gua buat kerja gua nampak juga mae dengan konco konco ZARQALI buat buat lalu depan markas rumah FARABI. jeling jeling macam ular senduk. psyko. dia ingat budak budak FARABI jenis yang cepat gugup ke hapa?

 hari demi hari belalu. seingat gua, masa sukantara, rumah FARABI rangkin nombor 2. boleh tahan. gua cuma tak lepas lontar peluru. apa ada hal? memang gua tak larat, nak buat macam mana? naim ayam senyum sinis kat gua masa balingan kali kedua gua direject mentah mentah oleh cikgu yang betugas. gua steady. gaya brader brader memang jenis low profile. tiap tiap petang gua training jogin dengan siva. kasi larian gua nampak jitu sikit. kadang kadang gua jogin dengan pak nan. dia banyak ilmu. selok belok lari lari ni memang celah gigi dia. lagi pun dia hensem. bila gua jogin dengan dia, awek awek laen semua usha. baru la gua rasa ‘up’ sikit. 

babi. lupa nak bagitau. gua masuk acara lumba lari. 800m dengan 1500m sama lompat tinggi. acara lompat tinggi memang gua saja saja nak try. cari pengalaman. nanti boleh gua buat modal bed time story untuk anak anak gua nanti..

dalam seminggu, aktiviti gua sangat konsisten. pagi jogin, petang training, malam tolong siapkan benda benda hiasan kejadah. balik lewat memang dah jadi biasa. jumpa langsuir dekat klinik tengah sikat rambut pun gua dah boleh ankat tangan dah tanda mesra. sebab tiap tiap malam pukul 12 lalu situ. 

Hari sukan MRSM PDRM

hari gugup bagi gua. malam tu sebelum tu gua ingat nak try solat hajat sikit. kasi spirit. tapi siva pulak tak kejut gua. tidur mati katanya. tak heaven langsung. pagi hari sukan, semua dah redy dah. dalam gugup gugup gua, boleh dikatakan 70% gua dah redy. kaki gua dah tune baik punya. kasi speed lari atas angin. cerap pulak dengan kambing biri biri budak budak kawat dia. aridan jadi mascot sponge bob. seingat gua, tema  ZARQALI waktu tu ala jepun jepun sikit. tak mencabar langsung. nasib agnes senyum kat gua pagi tu. BATANI pulak kalau tak silap gua tema fairy tales kejadah hapa ntah. gua pun tak berapa reti nak tafsir.  DAILAMI tema dia penyu. tak begaya langsung. 

dalam lebih kurang, acara sukan bermula. acara gua yang pertama lari 1500m. partner gua zamir. budak f4. ada gaya mamak kapitan sikit. tapi gua tak kisah. yang penting gua focus. DAILAMI hantar Saufi Salim. laju budak nih. atlet maktab pulak tu. seingat gua tahun 2006 dia sapu 3 pingat. jenis tak bagi diskaun. ZARQALI hantar sapa ntah. gua tak ingat. mae? fly beli durian pun kantoi. ini kan pulak nak belari. hahahahaha (melawak). BATANI hantar Masri. laju dia boleh tahan jugak. gua tengok dia sorang tak pakai kasut spike masa nak lari. yang lain semua ber-spike. low profile gamaknya.

semua dah redy dah kat garisan. kuda kuda gua pun dah ejas kemas kemas. takut jugak gua kalau kalau jatuh depan awek awek. jatuh kemaluan gua.

“ke garisan… sedia… POOOMM!”

 gua mula bukak langkah. tak laju tak pelahan. maintain. tenaga kena simpan. 1500m bukan jenis yang 2 3 round. tapi 8 round. kalau gua pancit awal, sapa nak jawab? masuk round ke 5, budak budak semua dah start bukak langkah. zamir, partner gua awal awal lagi dah kenyit mata. isyarat suruh gua start pecut. mula mula gua memang nak pecut. tapi gua tengok saufi masih consistent 40km/h, gua terus tak jadi. gua follow belakang dia. lebih kurang  4minit dalam kiraan gua, saufi dah mula nak maen pecut pecut. dari 40km/h dah jadi 60km/h. lahanat. zamir yang dari tadi depan gua punya riak, sekarang dah bagi laluan untuk gua pecut follow saufi. masa tu gap antara pelari dah makin besar. 

penonton semua dah mula besorak. dari jauh gua nampak mae melompat lompat sambil pegang bendera ZARQALI menjerit tak tentu arah. gua geleng kepala. kalau boleh bawak sniper sambil lari, memang gua dah shoot kepala mae. 

tidak jauh dari aksi ligat mae, kelihatan awek awek FARABI beteriak sakan bagi sokongan kat gua(masa tu riak memang menguasai diri gua). dari jauh gua boleh nampak air liur fatin inani tesembur punya menjerit bagi sokong kat gua. nak tegelak gua. tapi gua focus. hahahaha.

last round. gua masih follow saufi. blakang gua masri. tapi dah jauh dah kena tinggal. zamir? ntah mana hilang. R&R mana dia singgah gua tak pasti. kadang kadang gua cucuk cucuk saufi dari belakang bagi dia down. tapi kalau dah nama atlet, lu bagi buger abang be pun belum tentu dia nak behenti belari.  dan gua rasa klimaks dia masa lagi 50m nak sampai garisan penamat. gua tak boleh jugak nak overtake saufi. babi. makan apa budak nih? 

last last gua dapat nombor 2. masa tu gua rasa lutut gua dia punya longgar lain macam sikit. saufi datang sebelah gua. salam gua sambil ucap tahniah. nombor 2 kira ok la.

acara lompat tinggi sama 800m gua tak mau cerita. gua kalah. masa lompat tinggi gua jumpa mae. muka riak bersahaja. tapi  dia pun kalah jugak sama macam gua. 

kesimpulan untuk hari sukan keseluruhan, rumah sukan mengikut ranking , DAILAMI, FARABI, BATANI dan ZARQALI. pebarisan skuad cerap dapat nombor 2. marah aridan sampai takmau bukak moskot sponge bob. tapi hiasan khemah tercantik FARABI pegang. yang lain khemah dah macam gua kelam gua tengok.

**********************

“jadi satu pingat ja lu kutip?”

lagi persoalan rumate gua timbulkan untuk mendapat kepastian.

gua hangguk. rasa nak terajang pun ada jugak.

“gua dulu jadi PBSM. angkat budak pengsan”

lalu gua teringat hamizan.

7 comments:

Ismail said...

ceit.. zarqali ade din.. dan yg pling best ade agnes.. hahaha.. aku slalu lepak2 ngn agnes.. aku prasan die mnat kt aku. tp, aku jual mhal. :P

mcm bese entry2 dr muz, aku gelak golek2... hahahahahaha.HAHAHAHAHAHA..
best la siot, aku tetibe plak kerinduan nk blik mktb, nk lepak2 ngn agnes.. :D

shazika said...

tak suka bila arrazi di bubarkan. berpecah geng2 arrazi

arep syazmi said...

woi.. dailami bkn tema penyu.. ninja turtle da... keseluruhan ktorg no. 1.. kawad yg diketuai eemir pn no 1 tau.. ahaha...

Fatin Inani said...

HAHHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHA
musz.. terhibur aku membacanyaaa
ingatan hang sgt dasyat la.. kagum aku ! buat aku rindu sekolahhhh

eemir mmg bsemngat, aku ingt lagi budak2 dailami dok berlatih kawad hahaha

arep syazmi said...

klasemen tu ape??

Anonymous said...

HIDUP FARABI! caya la muz haha

suhaila said...

hahahaha,gelak guling2 su baca...
hamboih muzakkir, kutuk zarqali kaw2...aduih, report kt ama satg...haaa