Apr 25, 2011

Di masa hadapan..

Assalamualaikum

Tahun 2056

Gua tengah siap siap nak pekena kopi o’ kat Warung Hydroponic Baharuddin. Hari isnin hari cuti. Sejak Parti Mata Kail menang pilihanraya, hari isnin dan selasa dikira sebagai hari ber hujung minggu. Gua kebetulan waktu tu baru balek dari planet pluto. Repair bulk carrier. Bodoh juga orang pluto sebenarnya. Dah siap siap lebih kurang, gua terus lompat atas kereta proton gua. Waktu ni Malaysia dah tak import kenderaan luar dah. Semua proton pegang. Dari basikal roda tiga hinggalah kapal terbang, semua keluaran proton. Amacam? Dan ura ura gua dengar, tak lama lagi proton nak keluar barang baru. Roller blade yang jenis keluar api kaler biru yang macam api Bunsen burner tu. Dasyat.

Ah lupa. Gua skang tinggal di sabah. Area semporna. Semporna kawasan masih hijau. Damai. Laut masih jernih. Lain pula Kuala Lumpur. Dari jauh gua tengok Kuala Lumpur dah makin gelap. Hiruk pikuk. Kuala Lumpur waktu tu dah diisytiharkan sebagai kawasan buangan dan baru baru ini diwartakan sebagai pusat pesakit kusta aras merah. Di Samporna, gua jiran dengan K-own. K-own dah loaded dah skang. Keja baiki tangan robot saja, gaji dah macam player bola sepak. Banyak sebenarnya beza antara diri gua dengan k-own kalau nak dibandingkan waktu di maresem dulu. K-own skang nampak lebih berisi. Montok. Tak. Tak. Maksud gua berisi. Banyak makan cokelat dan kek pisang gamaknya  ;p

Dari Semporna, gua hanya ambil 10 minit saja untuk sampai ke Kedah, tempat letaknya Warung Hydroponic Baharuddin. Lepas gua lipat lipat kereta proton gua jadi segi tiga, gua jalan slow slow ke arah Warung Hydroponic Baharuddin. Pada waktu ini, kopi dan teh menjadi minuman ruji rakyat Malaysia. Garlsberg, koka kola, pepsi , sirap limau dan ginseng halia skalipun, semuanya dah diharamkan oleh persatuan HALAL Malaysia. Ada air kencing khinzir katanya. Warung Hydroponic Baharuddin bukan nya sebuah warung yang biasa biasa. Bijian kopi dan daun teh di warungnya ditanam menggunakan teknik tanaman hydroponic dengan sedikit campuran gas nitrogen sebagai memberi kesegaran kepada pelanggan. Jadi ramai lah yang datang berkunjung ke Warung Hydroponic Baharuddin. Omputeh, nigger, bah kan rakyat marikh sekalipun juga adakalanya akan datang untuk menikmati keenakan aroma kopi dan teh hydroponic ni. Kalau lu tengok piring terbang keluaran BMW parking berhampiran Warung Hydroponik Baharuddin, hah itu milik orang musytari.

Dari jauh gua nampak seseorang yang berumur lebih separuh abad sedang melambai lambai tangan ke arah gua. Redup mukanya. Berkopiah merah dan sedikit biru kelilingnya. Rambut putih kelihatan tumbuh melilau disekitar bahagian tepi. Berdekatan dengan telinga. Janggutnya tersisip rapi tanpa sebarang trimming mahupun slopping apatah lagi rebonding. Kemas. Sedang kusyuk menikmati kopi o’ .

“assalamualaikum Dr. Ismail. Lame kome nunggu?”
 
Gua mulakan bicara. Sedikit gaya low profile cuba gua tampilkan. 

“waalaikumsalam! Lambat beno kome! Mengorat awek musytari ke yop?”

Dr. Ismail cuba berseloroh dengan gua. Silap silap haribulan mau makan penampar orang tua nih. Monolog gua dalam hati.

Dr. Ismail. juga seorang rakan lama gua masa di maresem dulu. Hensem tak hensem sangat. Jenis befikir diluar kotak. Kismis minda tak makan pun. Tapi otak brilliant macam gampang.

“amacam? Sihat? Barang yang teman pesan kome bawak tak?”

Gua cuba sisipkan slank Perak Tengah untuk memeriahkan lagi perbualan gua. Macam gampang bunyinya.

Untuk pengetahuan, Dr. Ismail baru pulang dari Marikh. Penduduk Marikh pada tahun 2056 sudah ramai yang memeluk Islam. Jadi dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Marikh, Dr. Ismail telah dihantar ke Marikh untuk mengkhatankan penduduk Marikh yang baru memeluk agama Islam. Kadang kadang gua tengok Dr. Ismail nih dah macam muka orang Marikh. Iras iras tenuk liar. Hahahaha. Gelak gua dalam hati. Kadang kadang juga bila gua bersalaman dengan dengan Dr. Ismail, gua boleh bau hanyir kemasaman pada tangan Dr. Ismail. Ramai sungguh penduduk Marikh yang memeluk Islam. gua cuba bersangka baik.

“nah barang yang kome pesan tu”

Karung berukuran 3 inci lebar kali 4 inci tinggi diserahkan face to face pada gua. Tesenyum gua sorang sorang

Karung bewarna coklat kekuning kuningan itu gua bukak penuh bedebar. Kelihatan kilauan batu batu phobos menerangi segenap penjuru muka gua.. Batu batu phobos adalah batuan yang terdapat di Marikh yang harga runcitnya adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai emas pada waktu itu. Gua saja pesan. Nak hias akuarium ikan kelisa dalam bengkel gua. Baru rasa ‘up’ sikit ye dak?

“semalam teman jumpa hamizan.”

Dr. Ismail cuba cuba nak alihkan perhatian gua. 

“teman nengok makin bizi si mizan tu. Buat amende budak tu skarang?”

Dr. Ismail cuba timbulkan persoalan dalam minda gua. Ligat juga otak gua berfikir. Dah macam nak jawab soalan integration. 

“ntah le yop. Teman pun tak berapa nak pasti. Tapi hari tu teman ade le juga nengok muke si mizan dalam kosmo.”

Gua saja nak kasi suspen.

“ah. Ap ke heynye dibuat dalam kosmo tu yop?”

Dr. Ismail tanya gua kembali. Dihirupnya kopi o’ hydroponic perlahan lahan. Gaya brader brader.  Tenyata teknik suspen gua menjadi.

“hah, itu teman tak pasti. Teman Cuma nampak mizan begambo dengan Dr. Rozmey sambil pegang produk JusMate.”

Tesedak Dr. Ismail. Air kopi o’ hydroponic meleleh leleh keluar ikut lubang hidung. Pekat kehitaman.

Gua telan air liur sendiri. Lalu bingkas bangun dan terus meluncur laju menuju ke Poliklinik Gigi Dr. Suhaila dan Rakan Rakan.

~sekian



14 comments:

qiStina said...

eh eh. pegi poliklinik gigi sakit gigi kaaa? jengjengjeng :D haha

Cik NurulZaty said...

haha..

muzz.. ang menang

err..kown berisi makan kek pisang n coklat? hahahahhaa

suhaila said...

hahahha, smart la cite mzakkir@2056..
zaty msti dok umah banglo kn, k own asyik baiki robot ja, haha..
tenkew muz,so sweet (^_~*)!!

Ismail said...

yeaaaa!! muz so so so sweet! kata Dr. Suhaila.. ngeh3...

pergh muz.. fantasy minda ko ni hebat gk kn.. hahahaha.. jap, ko xcrte lg ape ko tgh wt ms tu... ko ahli politik ke ms tu? mata kail. :D

Ismail said...

ade kencing khinzir? hahahahahahahaha

muzakkir said...

aku waktu tu dah tua dah.. duk rumah... kadang kadang masuk gym.. amacam?

muzakkir said...

Qis
sakit gg leeeee.... hahaha

suhaila said...

mae : hahahaha
qis : muz nk buat gigi palsu tue =B..

Cik NurulZaty said...

mail : aku dah invite ko jdi penulis..tapi ko x approve lgi kn?

muzakkir said...

eh su. hahahaha..

killerwave-2007 said...

bagi ada smbungan bg citer nie...
apa lak idea baru yg kau nk sumbat lak...

ain izzati said...

hahaha....smart la cerita hang. aku rasa hang kena upgrade lg cerita ni. sambung lg babak lain. aku menunggu dgn penuh kesabaran. papepun.... BEST LA CERITA NI!!! =)

husairi zulkifli said...

muz: nyelit cket..ayat ko memang brader brader...hahaha

Blogger said...

Do you love Coke or Pepsi?
PARTICIPATE IN THE POLL and you could win a prepaid VISA gift card!