Mar 28, 2011

lagi memori silam

assalamualaikum.

perak sekarang musim durian. fatin inani, skang Malaysia musim durian. lu jangan nak mengidam mengidam pulak.kehkehkeh..

dan baru tadi gua baru pekena durian. rumate gua beli. gua srupp srupp isi durian macam makan megi. sedap. masuk bjiik yang terakhir, gua teringat mae. hah sudah. apa pulak kali ni dia punya memori. 

2006 musim durian kat MRSM PDRM.

hari jumaat. gua tak berapa nak pasti ni idea rumah hijau cerap ataupun mae. ah, macam lu x kenal mae. idea macam gampang punya gempak. pagi jumaat pukul apa gua tak pasti, mae cucuk cucuk gua ajak beli durian kat depan maktab (beberapa meter dari bus stand). cerap cuma usha dari jauh. kadang kadang gua perasan cerap jeling jeling kat gua. cuma gua x paham macam mana cerap cucuk mae suruh ejas gua join dalam projek beli durian depan maktab. 8 kali gua fikir pelawaan mae. bukan gua tak biasa kena tibai dengan ayahanda nazir, tapi idea FLY beli durian depan maktab kali ni memang mencabar minda dan jiwa raga gua. masa tu minda gua baru 16 tahun setengah. hijau lagi. nak dibandingkan dengan minda si akmal alif (mamai), itu dah masuk minda brader brader.

mae terang satu persatu idea rumah hijau cerap kat gua. gua dengar penuh teliti. dia punya plan ada gaya. genius. licik. bersih. kalau setakat pak ya tunggu kat pondok pengawal sekalipun, belum tentu dia boleh detect kami beli durian depan maktab.

“muz, lu pakai baju melayu kaler kaler, bila habis sembahyang jumaat, lu keluar terus dengan pakcik pakcik yang datang ikut pintu kecik tepi masjid. lu jangan gelabah pulak. rilek. gua dengan cerap backup lu. ok?”

lebih kurang plan licik mae story kat gua. gua hangguk tanda paham. hari tu gua dengar khutbah jumaat macam nak tak nak ja. gua boleh bayang isi durian gua srupp srupp dengan mae sementara cerap jilat kulit durian pakai lidah. punya mengidam. habis khutbah gua senyum sorang sorang. punya ekseted. gua angkat takbir punya semangat macam tak penah sembahyang jumaat. habes sembahyang, doa pak imam gua aminkan penuh beretika agar plan FLY beli durian depan maktab tercapai. selesai salam orang sebelah, gua bangun sambil belari lari anak cari selipar tak pandang belakang dah. gua redah saja. pakcik zombie usha gua macam nak lempang sebab gua sondol bontot dia. apa ada hal? gua nampak durian saja.

masa gua sampai kat pintu pagar kecil sebelah masjid, mae, cerap dan haikal dah redy baik tunggu gua. mae serius. sentap jugak hati gua bila tengok haikal join plan rumah hijau cerap ni. tapi lama lama gua rilek saja bila tengok muka serius mae. tak penah gua tengok mae serius kali nih. lebih kurang muka siva. gua gelak dalam hati. jahanam.

berbekal sedikit doa pendinding, kami gerak gaya brader brader baru balek sembahyang jumaat. masa tu jantung gua dup dap dup dap. sekali mau terserempak dengan cikgu anuar, apa gua nak jawab? mae mungkin dia boleh buat buat sawan. gua? 

jalan lebih kurang, sebelum lintas jalan, cerap berhenti. haikal macam biasa, menyorok belakang abang abang.

“lintas two by two. ingat, jangan gelabah. kalau kantoi, rilek.”

amanat cerap gaya king scout bagi arahan. mae serius. peluh peluh muda meleleh rilek celah celah rambut. hampir hampir masok ke telinga. gua dah redy. jari jemari gua memang gua dah genggam erat erat. gaya genggam bijik durian. lidah gua dari tadi bermain main manja disekitar bibir muda gua. jilat peluh yang lalu lalang atas bibir.

semua dah redy. mae dah redy. ketayap merah campur biru ditekan rapat rapat atas kepala. cerap lagi serius. gaya macam tengah kawat bersenjata nak sambut ketua polis. kalau gua kentut, memang dia tak gelak punyalah. gua jamin. haikal? gampang. (melawak noh!)

bismillah… 

gua buka langkah. 

dalam tak sampai 2 3 4 langkah, hah, kereta cikgu azizan melintas keluar dari maktab menuju ke jalan besar. 

“wei cikgu zizan! cikgu zizan!”

mae gaya macam nak keluar air ketuban punya menjerit. haikal memang dah cabut lari hilang celah pokok pokok kelapa. cerap? lu Tanya mae.

gua? gua steady gaya pak lang baru lepas mandikan jenazah. gugup jantung gua. 

babi. macam mana boleh kantoi! monolog gua dalam hati.

cikgu azizan bagi signal berhenti dibahu jalan.

“kamu nak ke mana?”

gaya formal seorang guru sejarah.

“nak beli durian cikgu”

gua jawab gaya budak hilang boxer lapan hari.

“masuk balekkk.. pakai baju batik! mintak kebenaran warden bertugas!”

gua hangguk tanda pasrah.

malam tu gua tibai lapan bijik burger abang be. mengidam durian punya pasal. mae? gua tak cakap dengan dia lapan jam!

~sekian.    

10 comments:

Dekna said...

hahahahaha


thanks muz

ko menggelakkan aku mlm2 gini

fatinazierah said...

hahahahaha...
sengal muz!!

₳mER said...

mastrmind cerap punnyer plan pon boleh xjalan....haha..memang xdeluck la..ko mesti tibai boxer siva tyme nk fly nih gamoknye..

Just a common stranger said...

hahahaha!
plan gempak abes..
skali kantoi..
haha!

sengal~

Ismail said...

ceh.. hahaha.. aku bgn pagi2 mcm ni xleh nk tdo trus... :D

ayt ni pling aku sakit prut smpai dk2 umh aku bgn dgr aku gelak
"lidah gua dari tadi bermain main manja disekitar bibir muda gua. jilat peluh yang lalu lalang atas bibir"
hahahahahahaha
wei, ketayap tu anash pnye!. rndu sial mamat tu..

kr0nc0ngmalaya said...

kah kah kah!

anash..anash..

Ismail said...

hari ni aku dh bca 9 kali dh.. hahaha.. ko ni mmg siot la muz.. ayt xleh blah btol!! hahaha

kr0nc0ngmalaya said...

bayar la oi!!

Fatin Inani said...

HAHAHAHAHHA
HAHAHAHAHHAAHHAHA
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA
HAHAHAHAHAHAHAHAH

sorry la tak boleh tahan gelakkk
wei lawak weiii
serious lawakkk muzz !

aahahhahahahahahhahha

shazika said...

hahahahaha,,

kantoi.