Aug 12, 2011

mae dan salam perantauan


Assalamualaikum

gua sebenarnya banyak sangat kenangan ramadhan gua dengan maktab. Cuma kadang kadang gua tak berapa nak ingat. Gua bukan nya marhein sangat. Mudah lupa. Manusia kan mudah lupa. Tambah tambah gua ni melayu. Persen lupa tu memang tak lari dari kehidupan gua yang kadang kadang lari dari landasan sebenarnya sebagai manusia yang tak sekamil ismail fadlullah.

Ramadhan 13, astaka 6:35 petang.
Scene lepas ambik nasi kat DS.

“muz, gua ingat nanti gua nak sambung oversea la.”

Mae saja saja luah kan perasaan yang terbuku dihati. Gua tak mintak pun. Gua tengok afif. Afif muncung muncung mulut ke arah syazreen. Gua tengok syazreen tengah kuis kuis pasir. Lapar agaknya.

“apahal lu nak sambung oversea?”

Gua cuba mendapatkan kepastian. Lu bukan tak kenal mae. budak pandai. Nampak saja jalan kengkang. Tapi otak steady. Kismis jenama carlifonia tak makan pun macam mizan. Namun mae masih diam. Diam gaya brader brader ni kadang kadang sakit hati juga. Kalau ada tunggul kayu sebelah gua, memang gua dah hayun dah. 

“ntah mae. Gua rasa kat tanah air kita ni unibersiti unibersiti semua ok. Lu nak jadi model ke hapa?”

Syazreen dari tadi kuis kuis pasir tiba tiba bingkas bersuara separuh sedar. Dari belakang gua, tedengar suara afif gelak slow slow. Afif sebenarnya bagi gua boleh tahan pandai. Muka saja nampak layu layu. Tapi otak bertenaga.

Petang tu hembusan angin dia punya spoi bukan yang jenis biasa biasa macam bulan februari atau pun bulan desember. Angin bulan ramadhan ni hembusan dia rasa macam gagah sikit. Kuat. Mungkin spesel edisen. Atau kemungkinan malam ni lailatulqadar.

Mae masih lagi memadang nun jauh ke tengah padang berhadapan dengan astaka. Kedengaran bunyi geseran daun daun kering di atas jalan tar ditiup angin. Gua tengok jam. 6:53. Masih boleh dikatakan awal. Arip arman pun barang kali masih tengah mandi. Arip arman suara dia boleh tahan sedap bila azan. Tu yang kadang kadang asar gua melajak ke pukul 6.

“mae. Kenapa lu nak study kat oversea??”

Kali ni afif bersuara. Di tangan kirinya tergenggam sebatang kayu panjang dalam 90sentimeter. Tahap kesabaran afif boleh jadi sudah sampai ke puncak. Gua tengok syazreen. Syazreen hanya mengangguk. Tanda membenarkan perlakuan afif. Mungkin ini cara afif bermain psikologi dengan mae. Namun, gua sentiasa stanby kalau kalau afif cuba bertindak agresif. Bulan ramadhan ni macam macam boleh jadi. Kita susah nak predict. 

“mae, make it easy la…”

Syazreen bersuara separuh merayu. Mungkin penat agaknya. Syazreen ni gaya speaking boleh tahan perfect. Muka pun dah iras iras Que haidar. Tinggi. Putih. Slek satu saja. Masa tu dia tak berapa nak taff lagi kalau nak dibandingkan dengan skarang. Skarang gua tengok gambar kat pesbok dah semakin maju. Badan petak petak. Siks pek dah macam kuih lapis dah dia punya petak. Perfect!

Dalam sepi sepi angin ramadhan, Gua boleh dengar mae mengeluh. Namun masih tiada lagi sebarang perkataan keluar dari bibir mungil mae.

“kalau study oversea, boleh hantar gambar masuk salam perantauan. Femes wei.”

Ayat paling padu keluar dari mulut mae.

Gua tak paham langsung apa jenis konklusi cuba disampaikan mae. Macam pundek. Gua tengok syazreen dah mula cabut rumput rumput renek. Menyesal agaknya.

Skarang, dah nak masuk 4 tahun mae kat oversea. Hari hari hari gua tengok kat ruang salam perantauan. Tak nampak pun gambar lu.. isk..

~sekian

10 comments:

suhaila said...

hahahahahaha=D... mae2, jawapan tiptop..

k_Own said...

aku rasa kan muz. mae nih sorang y rilek2 cool2. wat pe nk gelabah duk capap depan surat khabar ye dak ?

sememang nye kita tahu y dia nih gelabah memanjang. tapi kan. bgus ah x duk mencapap sgt. hahaha..

alaaa lagi satu. dia duk oversea, tapi suasana y mcm mane die nk tgkp ha ?

bebudak lain pasti de salji background die kan ? mae ?

aku terpikir kenapa. donggg~~~

hahahahaha

qiStina said...
This comment has been removed by the author.
qiStina said...

cuba try tanya face to face tengok apa jawapan dia. :P

Ismail said...

hahahaha.
HAHAHAHA.
HAHAHAHAHAHAHAHA. taik hang muz...

ok2, gua cuba jawab eh abang muz...
muka aku ade je masuk paper salam perantauan HARAKAH.. bkn2, utusan, 18 ramadan, 2009

1st year.. aku puasa n raya kt cni.. tu yg aku buat.. skg ni, raya kt mlysia, puasa pn separuh kt mlysia.. mls nk buat dh..


keon, suasana kt cni? aku buka puasa 4 pinggan kt mlysia, kt cni separuh pinggan xabis.. try la.. haha~

muzakkir said...

caya lah mae.. masuk harakah.. ;] yeahh!

Ismail said...

hahaha~. kismis california xleh blah!! hahahaha

shazika said...

hahahahaha..
ang bila plak nak masuk salam perantauan muzakir?

muzakkir said...

huih. no komen azi.. hahaha

Fatin Aliyya said...

pergh mantop ar, mae jwb mcm teu terus jdk kenyataan.:)