Jan 9, 2011

Rindu Sangat kan??

dah lama kot rasanya aku tak menconteng kat sini, cuma melihat je kawan kawan conteng kan.
minta maaf banyak banyak sangat sangat. aku tau belum cukup elok lagi blog ni kan. nak puaskan hati semua pihak pun susah. tapi aku berterima kasih kat semua semua yang sudi jadi penulis sampingan kat sini. then, dah ramai jugak aku tengok pakat ada blog sendiri kan. bagus bagus,  K-Own, Iny, Ten Nad, antara bakal bakal blogger terkenal kan. takde lah aku nak sorang sorang terkebil kebil kat sini.

then, nampaknya post masing masing pasal rindu zaman sekolah kan, rindu kawan kawan dulu, rindu cikgu cikgu, rindu perangai nakal kita dulu kan. aku pun rindu jugak ok. sangat sangat rindu .

REUNION??
nak ke buat reunion ni? dah ramai yang pakat duk tanya pasal reunion kat aku ni. kat FB, kat blog ni, kadang kadang tekanan jugak la.*tiba tiba tertekan.haha.* maaf emosi tak stabil.
macam ni lah kawan kawan ku, nak reunion ke apa ke, yang mana rasa boleh buat sendiri sendiri tu, buat lah. ala, tak perlu buat reunion pun, korang dah leh jumpa kawan kawan kan.
susah kot nak manage segala reunion ni.

ingat lagi pasal Reunion di Pangkor tu, awal awal semangat kut semua orang. tapi bila last last. semua tak nak pergi. dengan kecoh pasal tarikh la, tak puas hati pasal tempat lah. tapi bila dah tetapkan. ada jugak masalah. so, last last, yang perempuan semua tak nak pergi . kecewa gila aku tau tak. then, takpelah, nasib baik yang si laki laki senang nak manage semua, biar diorang je yang pergi. senang kan.

sorry, aku bukan nak marah, aku cuma terkilan. kalau semua semangat semagat sangat nak reunion. kalau aku buat, boleh jamin ke jadi? haha. tak mungkin kan. lagipun ramai yang dah kat luar negara kan.

so, bagi aku. makin susah je nak plan plan segala ni. nak buat tu boleh, tapi sama sama la rancang dan plan ok. kita ni takde leader apa pun lagi, masing masing nak tunding jari je kan.

masalah kedua, duit oh duit oh duit. mana nak cari? cadangan aku. boleh tak buat kutipan bulanan ke tahunan ke dan buat akaun. then kalo ada apa apa nak buat, takde risau la pasal duit kan. i think of build a society antara kita. :)

tapi susah la, semua belajar lagi kan. duit pun cukup cukup makan je kan.
tunggu lah masa masa akan datang. insyaAllah ada la jugak reunion ni ok
rindu la banyak banyak lagi. bila dah rindu banyak banyak nanti.
baru la ramai nak pergi reunion kot kan? haha

kawan kawan, aku minta maaf ok andai ada terkasar bahasa.tersilap apa apa ke kat dalam blog ni kan.
aku tengah mencari penggantiku. ceh ceh.
yes, i am thinking of bersara from this blog * dah tua , nak bersara* ahaha
:)



p/s : tapi aku dah ada sesuatu di fikiranku,
memandangkan semester depan. semua IPTA akan start pengajian pada bulan September, maknanya kita semua akan bercuti 4-5 bulan kan? so. i think we can make something waktu cuti tu ok??
 suarakan idea anda.

8 comments:

Anonymous said...

saya akan jd blogger terkenal ? what ! hahaha. no no no. itu smue duniawi je. hahaha. ehh jgn ah label cm tuh. pelan pelan kayuh kata orang ok ! hehehe..

btw ! tadi kami buat reunion kecil kecil lan, kecil ke tak kecil yang penting ada reunion !

korang buat lahhh. yeehaaaa....

skem said...

setuju.. :)

aini kadir said...

ntah.terkenal ke?maseh belajar nih.mahu bpuitis.

pasal reunion ak setuju ngan zaty.lau kecik2 tuh mebi bole lah handle.yela sket je kn.lau besau nk amek kira semua org.tuh yg kne ta8time..tp sbb der cuti 4 bulan nnt mungkin bole der hasil nya...

faizal bidin said...

ipts cmne?

shazika said...

mktb camne? huhuhu
eh,
teringin reunion besar2an

ada x sape2 yg dah nk kawen?
blh la wat reunion jgk :p

Senorita Nadira said...

haaha U aku cemane?? hadoiii susah2..
Takpe reU kecil kecilan pon xpe kan asal dpt jumpe tgok muka..
Haa azie mu la kawen dolu sure ramai org g hihi..
p/s: Aku blogger terkenal? Owh no no no no...

aini kadir said...

haha.tawu tape.lau nk wt besar2 kne plan tperinci lah.bru jadi...komitmen besau jgk tuh

Anonymous said...

a'ah kn.... ada x kwn kte yg nk kawen dh? bley buat reunion 2 in 1, hehe... yg cuti bln 4 nih, kte buat la awl2 cuti....=B kt mna? any idea?