Assaamualaikum
Ahlan wasahlan ya Ramadhan
sekarang pukul 6.45 petang di NZ dan pukul 2.45 petang waktu Malaysia.
Niuzilen dah malam Malaysia masih petang
Niuzilen dah masuk maghrib dan isyak, Malaysia baru sudah solat jumaat tadi
walaupun berbeza waktu dan siang dan panjang yang berbeza, tetapi kita juga ada persamaan.
esok kita akan sama sama berpuasa,
malam ini kita akan sama sama menjalani ibadah solat sunat terawikh
malam ni dan saat ini kita semua sedang membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia.
oleh itu, marilah kita sama sama bersihkan hati sucikan nurani, dan bersedia untuk Ramadhan kali ini, mungkin ini Ramadhan yang terakhir, siapa tahu?Allah Maha Mengetahui.
Ten nak share sikit, kami kat sini lepas maghrib tadi berdebar debar nak tunggu pengumuman puasa daripada FIANZ (Federation of Islamic Associations of New Zeaand).
kalau kat Malaysia, kita semua pakat ready tunggu depan tv nak tunggu announcement puasa, tapi kat sini, kami semua dok tunggu depan laptop dok refresh website setiap 5 minit sebab lepas ja dapat berita yang orang orang FIANZ (macam JAKIM kalau dekat Malaysia) dah nampak anak bulan, maknanya, esok puasa dan semua pakat nak ready solat terawikh.
ni notice daripada FIANZ:
Dear Brothers and Sisters,
Assalaam Alaykum Wa Rahmatullah Wa Barakatahu.
On behalf of the Hilal Committee, I am pleased to confirm that the new moon for Ramadhan has been sighted today. Therefore, tomorrow (Saturday, 21 July 2012) will be the 1st of Ramadhan 1433H.
The Hilal Committee of FIANZ extends its best wishes to all members of our community. May the coming days bring us spiritual uplift, peace, unity, prosperity and blessings of Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Aa'meen.
Ramadhan Kareem!
Jazakallah Khair and Wassalam.
Sheikh Mohammad Amir
for Hilal Committee
Alhamdulillah, Allah datangkan lagi Ramadhan kali ini untuk kita semua,, jadi, jom kita sama sama rebut peluang yang hanya datang sekali seumur hidup ini.jika Ramadhan yang lalu kita masih banyak kekurangan, maka jadikan Ramadhan kali ni sebagai medan dan platform untuk melakukan perubahan dan pembaikan.
sesungguhnya, mulut yang bercakap ini dan telinga yang mendengar dan tangan yang menaip ini akan paling awal akan diuji di Akhirat nanti.sama sama kita nasihat, sama sama kita beramal.
JOM!
p/s: surau yang pihak uni sediakan dekat dengan rumah Ten, tak sampai 10 minit kalau berjalan.Alhamdulillah, betapa banyak nikmat yang Allah bagi.dan ini Ramadhan terakhir Ten di bumi kiwi.will try to make full use of it.
jom!
secara puratanya, kami di New Zealand, berpuasa 10 jam sehari, since siang pendek malam panjang sebab sekarang musim sejuk.jangan risau, kekuatan kita menempuh Ramadhan bukan dikira dengan pendek atau panjangnya tempoh kita berpuasa, tetapi tentang bagaimana puasa kita itu sendiri bertahan dan dijalankan.selain menahan lapar dahaga, nafsu dan pelbagai lagi halangan yang mampu kita tempuh itu yang dikira.
so, be prepared & keep calm and fast
:)
tak silap Ten, kawan kawan kita yang berada di bumi Eropah - UK, Ireland dan etc, tempoh puasa mereka lagi panjang sebab kat sana sekarang musim panjang which means siang panjang malam pendek.
jadi, bersyukurlah dan bersabarlah seseungguhnya Alah Maha Mengetahui.
sebagai anak rantau, ada juga ketikanya Ten kena berbuka dalam lecture, macam tahun lepas, test in between waktu nak berbuka puasa, bawa semanis kurma 2,3 biji dan air sahaja dan bila yakin dah masuk waktu berbuka puasa masa tengah jawab test.dan semester kali ini, lecture clash dengan waktu berbuka puasa, setiap Isnin dan Khamis, kelas pukul 5.10 petang sampai 6.00 petang.
maghrib di NZ masuk pukul 5.15 petang.habis lecture kami pelajar2 muslim, bergegas baik solat magrib dan Isyak (pukul 6.36 petang) pastu ready untuk terawikh.
nampak macam banyak halangan bukan disitu?jangan risau, lagikan diuji, lagi bertambah sayang Ilahi.lagipun, bila agi nak merasa pengalaman sebegini?ada hikmahnya yang tersembunyi.
:)
kepada kawan kawan di Malaysia, selamat menjalani ibadah puasa, ingat ingatlah kami di perantauan ini.:)
japgi lagi New Zealand dah start terawikh.pukul 7.10 malam.
kepada kawan kawan di Malaysia, selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah terawikh!
Ramadhan is just around the corner!
so, let's clean and purify our hearts and soul from all evil,
let's strengthen our niat and faith,
and let's mount up our good deeds.
Praise be to Allah that He still gives us the life and chance to savour this coming Ramadhan.
and may Allah grant us all a Ramadhan full or barakah and blessing.
Salam Ramadhan Kareem.
semua orang mesti ada harapan dan impian Ramadhan kan?
apa harapan Ramadhan anda?
selamat berpuasa!
:D
ikhlas tapi jauh,
Ten Aliyya
-somewhere in kiwi land-.